Pusat Penyelidikan Pentaksiran Impak
Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang
Telefon : 04-626 3925/26
Faks : 04-626 2210
Emel : fri_helpdesk@dof.gov.my
Pusat Penyelidikan Pentaksiran Impak pada asalnya adalah Bahagian Ekologi Akuatik, iaitu salah satu daripada 3 bahagian utama di IPP sejak awal penubuhannnya selain daripada Bahagian Akuakultur dan Perikanan Tangkapan. Selari dengan penumpuan fokus penyelidikan yang kadang-kadang berubah mengikut arahan dan keperluan semasa, nama bahagian ini telah diubah beberapa kali selepas itu. Pada tahun 2023, nama Pusat Penyelidikan Pentaksiran Impak telah digunapakai secara rasmi sesuai dengan objektif utama pusat buat masa ini, iaitu untuk melaksanakan R&D berkaitan pentaksiran impak pencemaran antropogenik ataupun alami ke atas sektor perikanan. Pusat ini terletak di IPP Batu Maung, Pulau Pinang. Pada tahun 2023, pusat ini dianggotai oleh Sembilan (9) orang pegawai penyelidik dan 19 orang kakitangan pelaksana.
Dana penyelidikan sebahagian besarnya adalah daripada peruntukan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia, di samping sedikit dana daripada kerajaan negeri dan pihak swasta. Pusat ini turut menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak daripada dalam dan luar negara seperti JIRCAS, BOBLME, UIAM, UMT, UKM, NAHRIM dan USM.
Toksikologi dan effisiensi bahan penyerak minyak.
Biososioekonomi perikanan.
Ekologi, kualiti air, oseanografi pantai dan ternakan kerang.
Pencemaran akuatik [logam, mikroplastik, alga berbahaya, biotoksin marin, bakteria penunjuk pencemaran najis].
Kaedah molekular (dalam penentuan stok ikan, pengecaman spesies).
Kemudahan yang disediakan:
Pengenalpastian tahap risiko spesies alga berpotensi berbahaya (toksik/pembunuh ikan) di 10 lokasi (Sg. Udang dan Bukit Tambun, Pulau Pinang; Kuala Selangor dan Pulau Ketam, Selangor; Pontian – Batu Pahat, Sg. Kukup dan Pantai Lido, Johor; Pantai Kundur, Kelantan; Kuala Gula dan Kuala Kurau, Perak).
Penentuan tahap pencemaran logam dan risiko kepada ternakan/ikan di 20 lokasi akuakultur (Kuala Sanglang, Kedah; Kuala Juru, Sg. Udang, Pulau Burung dan Teluk Bahang, Pulau Pinang; Kuala Sepetang, Kuala Gula, Jarum Mas, Kuala Terong dan Sg. Limau, Perak; Kuala Selangor, Sg. Langat dan Sg. Jeram, Selangor; Pontian, Selat Johor, Kukup dan Sg. Kim Kim, Johor; Bukit Goh dan Tasik Chini, Pahang; Pantai Kundur, Kelantan).
Memenangi anugerah pingat emas (kategori perkhidmatan awam) dan anugerah khas oleh National Research Council of Thailand untuk inovasi pembenihan aruhan kerang di lapangan pada tahun 2023.
Pembangunan satu (1) teknik aruhan pembenihan kerang di lapangan.
Pembangunan satu (1) kaedah ekstraksi dan penulenan toksin kerangan paralitik daripada Alexandrium minutum.
Pembangunan satu (1) kaedah analisis dan kesesuaian kimia dispersan dalam perairan.
Penentuan kandungan mikroplastik dalam ikan/kerang/ekosistem perikanan (Taburan mikroplastik di sedimen dan perairan di Pulau Langkawi, Payar dan Songsong).
Pusat Penyelidikan Pentaksiran Impak
Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang
Telefon : 04-626 3925/26
Faks : 04-626 2210
Emel : fri_helpdesk@dof.gov.my