Portal Rasmi

INSTITUT PENYELIDIKAN PERIKANAN

Jabatan Perikanan Malaysia

Harta Intelek Untuk Dikomersilkan

Arowana Sense (MY-172900-A)

Masalah Yang Hendak Diatasi

Penentuan jantina Arowana penting dalam mendapatkan hasil persenyawaan yang maksimum. Ini boleh dicapai dengan mempunyai nisbah induk jantan dan betina yang optimum di dalam kolam. Walaubagaimanapun, Arowana jantan dan betina sukar dibezakan dengan mata kasar. Penentuan jantina berdasarkan fenotip fizikal hanya sesuai untuk ikan yang matang (umur 3-4 tahun) dengan 50-60% ketepatan serta amat bergantung kepada pengalaman. Pengecaman jantina dengan kaedah biologi molekul lebih tepat (> 95%), namun memerlukan peralatan yang mahal serta berteknikal tinggi dan agak mengambil masa (2-3 hari).

Kit ujian pantas yang khusus dan mudah untuk pengesanan jantina dan varieti ikan Arowana (Scleropages formosus)

Manfaat

  • Mesra pengguna, pantas (dalam 5 minit), portable, sesuai digunakan di lapangan;
  • Pegecaman khusus jantina Arowana di peringkat juvenil atau dewasa;
  • Tidak mencedera atau membunuh ikan yang diuji;
  • Pengesanan terus tanpa memerlukan alatan lain seperti alat Polymerase Chain Reaction;
  • 85% tepat.

Inventor

  • Dr. Chew Poh Chiang,
  • En. Zulkafli Rashid,
  • Prof. Lee Yook Heng (UKM),
  • En. Dedi Futra (UKM).

Nisbah Pemilikan

  • 50% (FRI, Jabatan Perikanan Malaysia)
  • 50% (UKM).

Anugerah Dimenangi

Malaysia Agricultural Invention Show (MAgIS) 2015 - Pingat Perak.

Hubungi Kami

Dr. Chew Poh Chiang
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI)
Glami Lemi, 71650, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan.

Emel: chew@dof.gov.my
No.telefon: 606-613 3000
Faks: 606-613 8352

Masalah Yang Hendak Diatasi

Induk udang biasanya akan diberi makan sotong, kerang atau cacing segar yang tidak diproses. Makanan ini sering dicemari dengan patogen sama ada bakteria, parasit ataupun virus. Atas sebab ini, makanan segar tidak sesuai dijadikan makanan induk udang kerana berisiko membawa penyakit dan mencemar air ternakan.

Ciptaan ini berkaitan dengan komposisi makanan induk udang yang berkhasiat untuk kesihatan dan prestasi pembenihan serta kaedah untuk menyedia, menyimpan dan menggunakan makanan ini. Formulasi ini dinamakan PrimEZeat.

Manfaat

  • Boleh disimpan sehingga berbulan dalam peti sejuk
  • Mudah untuk disedia dan diguna
  • Higenik
  • Nilai untuk wang
  • Kurangkan jangkitan penyakit, tingkatkan kadar kemandirian dan kekalkan prestasi pembenihan
  •  

Inventor

  • En. Mohammed Suhaimee Abd Manaf

Anugerah Dimenangi

The National Innovation & Invention Competition Exhibition, 2018 (iCompEx’18) - Pingat Emas.

Hubungi Kami

En. Mohammad Suhaimee bin Abd Manaf
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI)
Pulau Sayak, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah, Malaysia

Emel: suhaimee@dof.gov.my
No.telefon: 604-4374021
Faks: 604-4374470

Masalah Yang Hendak Diatasi

Streptococcosis adalah penyakit ikan yang endemik di Malaysia dan selalunya menjangkiti ikan tilapia. Jangkitan yang serius boleh mengakibatkan sehingga 60% kematian atau lebih. Kaedah kawalan utama adalah pemberian vaksin. Majoriti vaksin yang ada di pasaran adalah dalam bentuk suntikan. Proses suntikan adalah rumit dan memerlukan tenaga buruh yang ramai dan memberi tekanan kepada ikan.

Vaksin daripada pencilan bakteria tempatan yang dicampur dalam makanan ikan untuk mencegah penyakit Streptococcosis dalam ikan. Vaksin ini dinamakan StrepToVax.

Manfaat

  • Lebih murah daripada vaksin komersil
  • Lebih khusus untuk jangkitan dan persekitaran di Malaysia
  • Ikan tidak tertekan
  • Keputusan daripada ujian lapangan menunjukkan StreptoVax boleh memberi perlindungan dalam tempoh 4 bulan pertama dengan kadar kemandirian 75–80%

Inventor

  • Dr. Siti Zahrah
  • Dr. Md. Sabri Mohd Yusoff (UPM)
  • Dr. Mohd Firdaus Nawi (UIAM)
  • Prof. Dr. Mohd Zamri Saad (UPM)
  • En. Hanan Mohd Yusoff
  • En. Zulkafli Abd Rashid.

Nisbah Pemilikan

  • 50% FRI, Jabatan Perikanan Malaysia
  • 30% Universiti Putra Malaysia
  • 20% National Institute of Biotechnology Malaysia (NIBM)

Anugerah Dimenangi

Malaysia Agricultural Invention Show (MAgIS) 2015 - (Pingat Emas).

Hubungi Kami

En. Mohd Syafiq Mohammad Ridzuan dan Dr. Azila Abdullah
National Fish Health Research Division (NaFisH)
,Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), 11960 Batu Maung, Pulau Pinang.

Emel: syafiq@dof.gov.my, azila@dof.gov.my
No.telefon: 604-626 3922
Faks: 604-626 3977

Masalah Yang Hendak Diatasi

Kenaikan harga tepung ikan yang merupakan sumber utama protein dalam formulasi makanan ikan memberi kesan langsung kepada kos operasi akuakultur. Dianggarkan 40-60% daripada kos pengeluaran ikan adalah daripada makanan ikan. Hampir semua bahan mentah utama dalam makanan ikan seperti tepung ikan, tepung kacang soya dan jagung diimport. Pada 2015, makanan haiwan menyumbang 30% (RM5.6 billion) daripada defisit import agro makanan negara. Penternak banyak menggunakan perut ayam segar yang tidak bersih dan boleh merosakkan alam sekitar.

Formulasi makanan ikan keli yang berasaskan sisa daripada industri pemprosesan ayam khususnya usus ayam (yang dijadikan tepung). Formulasi ini dinamakan EcoCIM Feed.

Manfaat

  • Bekalan yang banyak boleh diperolehi daripada industri pemprosesan ayam
  • Mesra alam sekitar, tidak mencemarkan air ternakan
  • Lebih murah daripada penggunaan usus ayam segar
  • Tiada kekotoran/bahan tidak bersih
  • Mudah digunakan dan disimpan berbanding usus ayam segar

Inventor

  • En. Hanan Mohd Yusof
  • Tn. Hj. Rosly b. Hassan

Anugerah Dimenangi

  • Malaysia Agricultural Invention Show (MAgIS) 2015-Pingat Perak.
  • Halal Hi-Tech Challenge 2016 (Anjuran Agensi Inovasi Malaysia) 2016-Dana pengkomersialan RM 800,000.00.
  •  

Hubungi Kami

En. Hanan Mohd Yusof
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI)
Glami Lemi, 71650, Titi,Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia

Emel: hanan@dof.gov.my
No.telefon: 606-613 3000
Faks: 606-613 8352

Masalah Yang Hendak Diatasi

Secara umum kos pelet komersial di pasaran semakin meningkat. Penternak ikan skala kecil dan sederhana tidak sanggup menanggung beban harga makanan dan memilih untuk menghasilkan pelet buatan ladang yang timbul untuk memudahkan pengurusan makanan. Namun, kebanyakan penternak tiada latarbelakang bidang elektrik dan kejuruteraan mesin. Hanya mesin ekstruder sahaja yang sesuai untuk menghasilkan pelet timbul. Namun, mesin ekstruder pelet sedia ada di pasaran beroperasi dengan bekalan elektrik tiga fasa (three-phase), 415 volt. Manakala kawasan kolam dan sangkar terletak di pedalaman hanya mempunyai bekalan kuasa satu fasa, 240 volt sahaja dan akan memerlukan kos yang lebih tinggi untuk pendawaian tiga fasa. Penyelidikan oleh FRI, DOF melalui khidmat nasihat Agensi Nuklear Malaysia (ANM) telah dapat membangunkan prototaip ekstruder untuk menghasilkan pelet timbul namun teknologi inverter 1-fasa hanya berfungsi menggerakkan prototaip mesin namun tidak berkeupayaan menujah premiks melalui prototaip mesin melainkan masih bergantung kepada bekalan 3-fasa. Oleh yang demikian, penyelidikan FRI, DOF dengan menggunakan kapasitor dan panel kawalan elektrik teknologi baru mampu menghasilkan pelet timbul daripada premiks yang dimasukkan melalui mesin MSPEX menggunakan bekalan elektrik 1-fasa.

Manfaat

  • Lebih padat dan mudah digunakan
  • Menggunakan bekalan kuasa 1-fasa
  • Menjimatkan sehingga lebih 40% berbandiing mesin dengan bekalan kuasa 3-fasa
  • Keselamatan pekerja lebih terjamin kerana tidak perlu menghidupkan motor semasa mencuci dan membersih mesin MSPEX. Pekerja hanya perlu menarik keluar skrew dan membersihkannya menggunakan scrapper plastik

Inventor

  • En. Mohammed Suhaimee bin Abd Manaf
  • En. Hanan Mohd Yusof, Dr. Ahmad Daud Om

Anugerah Dimenangi

  • Malaysia Technology Expo (MTE 2022) – Pingat Emas
  • Anugerah Khas daripada Chinese Innovation and Invention Society (CIIS), Taiwan bagi Kategori Public Service Innovation Awards

Hubungi Kami

En. Mohammed Suhaimee bin Abd Manaf
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI)
Pulau Sayak, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah.

Emel: suhaimee@dof.gov.my
No.telefon: 604-4374021
Faks: 604-4374470

Masalah Yang Hendak Diatasi

Pada masa ini, tiada diet khusus untuk induk ikan air tawar di pasaran. Pengusaha hatceri kesemuanya menggunakan makanan komersial untuk ternakan yang tidak menepati keperluan zat pemakanan induk yang optimum bagi tujuan perkembangan gonad dan benih yang berkualiti. Selain itu, bahan aditif di dalam diet komersial bagi tujuan menggalakan kematangan induk ikan seperti asid arakidonik (ARA) adalah mahal dan biasanya daripada sumber yang tidak bersih seperti hati khinzir.

Fomulasi makanan kematangan khusus untuk ikan kap menggunakan bahan alternatif yang lebih diterima dan lebih murah. Formulasi ini dinamakan NutriKarp Aquafeed

Manfaat

  • Formulasi tempatan
  • Penggunaan bahan mentah ARA yang lebih murah berbanding ekstrak alga Schizochymtrium sp.
  • Menggunakan sumber alternatif daripada sumber khinzir
  • Mempercepatkan kadar tumbesaran ikan kelah/empurau

Inventor

  • En Hanan Mohd Yusof
  • En. Muhamad Zudaidy bin Jaapar.

Hubungi Kami

En. Hanan Mohd Yusof
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI)
Glami Lemi, 71650, Titi,Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia

Emel: hanan@dof.gov.my
No.telefon: 606-613 3000
Faks: 606-613 8352

Masalah Yang Hendak Diatasi

Memandangkan pelet komersial di pasaran semakin mahal, kebanyakan petani tempatan beralih menggunakan makanan ikan buatan ladang. Walaubagaimanapun, mereka menghadapi kesukaran untuk menghasilkan pelet keluaran ladang sendiri secara konvensional. Kebanyakan mereka tidak mempunyai kemahiran asas dalam merumuskan makanan ikan yang seimbang daripada segi nutrisi. Di samping itu, kos mendapatkan bahan makanan di pasaran runcit juga tinggi.

Pra-campuran segera makanan ikan yang boleh membantu penternak menyediakan pelet ikan buatan ladang sendiri. Formulasi ini diberi nama GrowEZmix.

Manfaat

  • Menjimatkan kos sehingga 15%, kerana produk dihasilkan dalam skala besar oleh pengeluar makanan tempatan
  • Mudah dan cepat diproses kerana tidak perlu merumus, mengisar atau menimbang bahan mentah
  • Formulasi fleksibel. Terdapat pilihan untuk premix protein kasar 28%, 30%, 32%, 38% tanpa bahan terlarang;
  • Tidak perlu kemahiran formulasi makanan. Hanya campurkan dengan minyak dan air
  • Boleh diproses terus dengan mesin penyemperit
  • Pelet yang telah siap boleh terus disuap kepada ikan tanpa perlu dikeringkan. Tiada pengeringan ketuhar diperlukan
  • Boleh disimpan pada suhu bilik selepas proses
  • Tempoh 2 hari penggunaan

Inventor

  • En. Mohammed Suhaimee bin Abd Manaf
  • En. Hanan Mohd Yusof
  • Dr. Ahmad Daud Om

Hubungi Kami

En. Mohammed Suhaimee bin Abd Manaf
Institut Penyelidikan Perikanan (FRI)
Pulau Sayak, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah.

Emel: suhaimee@dof.gov.my
No.telefon: 604-4374021
Faks: 604-4374470