IPP Glami Lemi

IPP Glami Lemi

IPP Glami Lemi

IPP Glami Lemi (IPP GL) bermula sebagai Tropical Fish Culture Research Institute (TFCRI) di Batu Berendam Melaka pada 21 Ogos 1957 yang ditadbir oleh kerajaan British. Pada 1 Januari 1971 pengurusan TCFRI telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia dan ditadbir oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Pada 1 Julai 1972 pengurusannya diserahkan kepada MARDI sebelum diserahkan semula kepada DOF pada 1 Jun 1984 dengan nama Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar (PPIAT) atau Freshwater Fisheries Research Centre (FFRC). Pusat ini telah berpindah dari Melaka dan beroperasi secara rasmi di Jelebu Negeri Sembilan pada 1 Januari 2006. IPP GL menjalankan kajian berkaitan ikan air tawar dan mempunyai visi untuk menjadi pusat rujukan untuk teknologi perikanan air tawar.

  • IPP GL mempunyai 3 objektif utama iaitu:

    • Melaksanakan program penyelidikan akuakultur air tawar.
    • Melaksanakan program penyelidikan dan pemuliharaan sumber perikanan darat.
    • Memberikan khidmat teknikal, pemindahan teknologi dan hebahan hasil penyelidikan kepada kumpulan sasar.

Mempunyai seramai 72 orang kakitangan yang terdiri daripada 13 pegawai dan 59 orang kumpulan sokongan teknikal dan pentadbiran. Mendapat sumber peruntukan kajian daripada dana awam RMK-12 dan juga daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Menilai status dan impak ikan asing terhadap biodiversiti.

Program konservasi ikan asli tempatan.

Pembangunan baka dan produktiviti ternakan ikan tilapia merah hibrid (Orechromis spp.).

Pembangunan spesies baru untuk ternakan akuakultur (kelah (Tor sp.), patin buah (Pangasius nasutus), Baung (Hemibagrus sp.).

Teknik pengeluaran Moina sp. secara intensif dan higenik.

Pembangunan induk ikan Betta spp. asli untuk program pembiakan bagi tujuan pemuliharaan sumber genetik.

Pembangunan ikan Koi SPF.

Program pembangunan tumbuhan akuatik secara kultur tisu dan hidroponik.

  • Kompleks pentadbiran (pejabat pentadbiran, makmal krio, makmal pemakanan, makmal kesihatan ikan, makmal kualiti air,makmal kultur tisu, makmal alga, galeri ikan hiasan, Nucleus Breeding Center (NBC) koi).
  • Kompleks kolam (kolam tanah dan kolam HDPE, tangki simen, tangki outdoor Moina, BMC tilapia).
  • Tangki fiberglas di NBC tilapia.
  • Kompleks recirculating aquaculture system (RAS).
  • Hatcheri pembenihan.
  • Bengkel pemprosesan makanan ikan.
  • Bengkel kenderaan.
  • Kompleks kuarters kakitangan.
  • Kemudahan Sewaan Auditorium – rujuk pamphlet untuk ketahui kadar bayaran sewa.

Pembangunan teknologi pembiakan ikan kelah dan patin buah sebagai sumber baharu akuakultur.

Pembangunan kaedah pembenihan ikan Betta asli.

Pembangunan kaedah penanaman tumbuhan akuatik secara kultur tisu dan hidroponik.

Penerbitan 5 manual (Pengeluaran Moina sp secara intensif dan higenik, Penghasilan benih ikan tilapia di sangkar, Pengeluaran benih Tilapia Merah, Tanaman tumbuhan akuatik, Pengurusan ternakan Udang Galah, Pembenihan Patin Buah), 1 ensiklopedia mini (Tilapia).

Penghasilan 9 inovasi perikanan (Kaedah krioawetan semen dan persenyawaan in-vitro Tor sp., Arowana Sense, EcoCIM Feed, NutriKarp feed, Tangki Asuhan Terapung, Prosedur Kacukan Berjadual Ikan Tilapia, SOP Penghasilan Moina sp berkepadatan tinggi dan higenik, Sistem penetasan ikan kelah, Sistem asuhan benih kelah dan telah didaftarkan sebagai harta intelek.

IMG_20230412_095934 default hdrpl default IMG_20231106_094447 1701065648787 GAMBAR 07 IMG_2791 default default rpt IMG_20220624_110339 IMG_20230904_095315 Picture7 Picture11 WhatsApp Image 2023-10-31 at 18.05 1701065648708 IMG_20230410_100238 IMG_20230417_090140