Portal Rasmi

INSTITUT PENYELIDIKAN PERIKANAN

Jabatan Perikanan Malaysia

IPP Bintawa

IPP Bintawa

Pada tahun 1965, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) untuk membangunkan dan menguruskan perikanan laut serta air payau di Sarawak. Cawangan penyelidikan di bawah JPLS ini bertanggungjawab untuk menjalankan R&D strategik dalam sumber perikanan dan teknologi tangkapan bagi menyokong pembangunan pengurusan perikanan di Sarawak. Pada tahun 1980, aktiviti R&D telah diperluaskan merangkumi sektor akuakultur untuk memperkasa pembangunan akuakultur di kawasan yang berpotensi di Sarawak. Pada tahun 1995, Cawangan Penyelidikan ini bertukar seliaan dari JPLS ke Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia dengan nama baharunya Institut Penyelidikan Perikanan Wilayah Sarawak dan Labuan (atau IPP Bintawa (IPP B). Objektif IPP B adalah :

  • Memberi nasihat saintifik bagi perikanan laut, akuakultur dan sekiranya.
  • Mengembang dan membekal kaedah-kaedah, proses-proses dan teknologi baru bagi meningkatkan pengeluaran perikanan.

Pada masa kini, ada 4 cawangan utama di IPP B, iaitu Cawangan Akuakultur, Cawangan Ekosistem, Cawangan Kualiti dan Keselamatan Makanan dan Cawangan Sumber. Selain daripada berpusat di Bintawa, IPP B ini juga turut mengurus Marine Research Station Pulau Layang Layang atau singkatannya MARSAL dan juga Institut Penyelidikan Perikanan Santubong (IPPS). MARSAL telah dibuka oleh Jabatan Perikanan Malaysia pada tahun 2004 bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan kajian saintifik mengenai ekosistem di sekitar Gugusan Semarang Peninjau manakala IPPS ini dibuka pada tahun 2010 untuk memperkasakan penyelidikan akuakultur di Sarawak. Pada tahun 2023, jumlah tenaga kerja di IPPBS ini adalah terdiri daripada 10 orang pegawai penyelidik dan 46 orang kakitangan sokongan. Di dalam RMK-12, sejumlah RM16 juta telah diterima untuk menjalankan R&D di Sarawak dan Labuan

Pengurusan sumber perikanan marin di Sarawak, Sabah dan WP Labuan

Pembangunan taman karang (Coral Garden) di lagun Pulau Layang-Layang

Penentuan taburan karang dan kima di Pulau Layang-Layang

Pembangunan baka induk, pembenihan dan sistem ternakan udang galah

Pengawalan kesihatan ikan/udang di dalam akuakultur

  • Institut Penyelidikan Perikanan Bahagian Sarawak dan Labuan, Bintawa, Sarawak
    • Makmal Histologi
    • Makmal Kualiti dan Keselamatan Makanan
    • Makmal Repositori
    • Galeri
  • Institut Penyelidikan Perikanan Santubong
    • Makmal Virologi
    • Makmal Kualiti Air
    • Makmal Bakteriologi
    • Bilik Pembenihan
    • Bilik Kuarantin Primer
    • Bilik Kuarantin Sekunder
  • Marine Research Station Layang Layang
    • Bangunan penginapan yang boleh memuatkan 8 orang
    • Bangunan pejabat yang dilengkapi dengan internet 3G
    • Bengkel pukat

Dokumentasi potensi sumber perikanan terkini Sarawak

Penggunaan maklumat status sumber perikanan di tukun tiruan dalam menggubal Pelan Pengurusan Perikanan di perairan Sarawak

Kapasiti dan status sumber perikanan termasuk tuna oseanik di perairan Sarawak telah dapat ditentukan

Potensi sumber perikanan terkini untuk 13 spesies komersial telah dianalisis dan ditentukan eksploitasi sumber dan musim peneluran

Penyediaan dokumentasi dan data-data bagi tujuan pewartaan Pulau Layang Layang

Mendapat pengiktiraran Malaysia Book Of Record yang pertama dalam kategori First Suspended Technique Coral Planting, 21 – 25 Jun 2019

Pengurangan masa dan kos untuk pengesanan tahap kesihatan ternakan akuakultur -melalui automasi kaedah pembacaan slaid histologi daripada kaedah subjektif kepada kuantitatif

Penghasilan taman karang seluas 1 hektar dengan 8 rekabentuk propagasi karang iaitu Tukun Bebola (Reefball), A Frame, Tukun Kerangka (Coral Frame), Menggunakan tali, Versatile Fencing, Tukun Tangki, Tukun BRC, dan Tukun Kerangka Besi Scaffolding di Pulau Layang-Layang

Pewujudan dan pewartaan refugia udang harimau (Penaeus monodon) di Kuala Baram, Miri, Sarawak iaitu peraturan penutupan kawasan tangkapan udang harimau selama 3 bulan (Ogos hingga Oktober) setiap tahun telah dimasukkan dalam syarat lesen dan telah bermula pada tahun 2023

Picture1 Picture5 Menjalankan Kajian Udang Galah di Beaufort, Sabah pada September 2023 Picture4