IPP Tanjung Demong

IPP Tanjung Demong

IPP Tanjung Demong

IPP Tanjung Demong telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan dinamakan Pusat Pengeluaran Benih Ikan/ Udang Laut (PPBIUL) pada awalnya. Semenjak tahun 1986, dikenali pula sebagai Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut (PBIL) apabila peranan sebagai pusat pengeluaran udang digugurkan. Pada tahun 1992, sekali lagi nama pusat ditukar kepada Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut (PPPIL) berikutan penambahan elemen penyelidikan dalam fungsi pusat. Bermula tahun 2021, nama semua pusat-pusat IPP diseluruh negara telah diseragamkan dan pusat ini dirujuk sebagai IPP Tanjung Demong (IPP TD) dengan peranan utama untuk menjalankan penyelidikan akuakultur ikan marin.

IPP TD dianggotai oleh 6 orang pegawai penyelidik dan 32 orang kakitangan kumpulan sokongan teknikal dan pentadbiran. Objektif IPP TD adalah untuk membantu meningkatkan pengeluaran dan kelestarian industri akuakultur marin negara melalui R&D dalam sistem ternakan, teknik pembenihan dan asuhan, pemakanan serta pengurusan kesihatan ikan. IPP TD juga aktif dalam aktiviti pemindahan teknologi melalui program kursus berjadual dan tidak berjadual, latihan sangkut, bengkel teknikal serta menyediakan khidmat diagnosis kesihatan ikan, pemilihan tapak dan analisis kualiti air.

Penggunaan herba sebagai rawatan alternatif penyakit ikan.

Pembangunan sistem asuhan dan ternakan ikan marin; CENTS-RAS dan aliran terus.

Pembangunan baka, pembenihan ikan marin ikan siakap (Lates calcarifer) dan kerapu harimau (Epinephelus fuscoguttatus).

Pembiakan terpilih, domestikasi, kematangan induk dan pengurusan induk Ikan marin (siakap, kerapu harimau, kerapu kertang, ikan susu dan ikan bawal emas).

Pembangunan teknik pengeluaran makanan hidup (fitoplankton dan zooplankton) berkepadatan tinggi dan higenik.

Krioawetan ikan marin.

  • Hatceri
    • [Fasa 1: Sistem ternakan RAS, tangki CENTS-FT dan hatceri backyard ikan marin].
    • [Fasa 2 – Cawangan NBC: Bangunan hatceri pembenihan ikan laut, saiz 20 tan (10 unit) dan 10 tan (10 unit); tangki asuhan 0.4 tan (40 unit), tangki asuhan 10 tan (10 unit), tangki Induk 150 tan (8 unit), tangki makanan hidup luar 150 tan (3 unit)].
    • [Fasa 3 – Cawangan BMC di kawasan seluas 6.2 hektar, tangki kajian 10 tan (20 unit), tangki induk 150 tan (3 unit), Tangki induk 20 tan (6 unit) dan 50 tan (6 unit), sangkar dalam kolam 30-unit (saiz 10 x 10 kaki) dan 14-unit (25 x 25 kaki), makmal air hijau].
  • Bangunan Latihan dengan bilik kuliah, bilik mesyuarat, bilik penginapan dan kantin.
  • Makmal penyakit ikan.

Penghasilan baka induk siakap premium F2.

Pembenihan ikan susu yang pertama di Malaysia.

Memenangi anugerah pingat perak dalam Malaysia Technology Expo 2022 untuk inovasi WASTETRONIC.

Penghasilan lebih 17 inovasi perikanan dan 10 daripadanya telah didaftarkan sebagai harta intelek (Sistem Asuhan Benih Ikan Marin (CENTS-RAS), RAS rotifer kepadatan tinggi, Sistem kawalan air kumbahan berautomatik (WASTETRONIC), ekstrak sireh untuk rawatan alternatif penyakit ikan (SirehMAX®), alat mengambil sampel air ( TruBoWS), V-Feeder, Spermate Kit, ekstrak bawang putih sebagai rawatan alternatif ikan (GARLEX), Usungan Pembenihan (Spawning Stretcher), Sistem pengambilan air laut yang cekap (SMARTWIN)).

photo_6266989624765298865_y photo_6266989624765298872_y photo_6266989624765298858_y photo_6266989624765298866_y photo_6266989624765298873_y photo_6266989624765298855_y photo_6266989624765298856_y photo_6266989624765298857_y photo_6266989624765298867_y photo_6266989624765298869_y