Memperkasa Kapasiti Penyelidikan: IPP Peroleh Sistem HPLC Baru untuk Analisis Biotoksin Marin
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, di bawah peruntukan pembangunan RP5 Tahun 2025 RMK12, IPP telah berjaya memperolehi beberapa alat berteknologi tinggi di makmal-makmal khususnya di Pusat Penyelidikan Pentaksiran Impak, IPP Batu Maung. Antara alat yang diterima adalah HPLC (High Performance Liquid Chromatography), Shimadzu Nexera LC-40 series.
Pada 19 hingga 22 Januari 2026 telah berlangsung kursus optimization dan penggunaan alat.
Walaupun HPLC boleh menganalisis pelbagai kontaminan (residu antibiotik, bahan cemar kimia), namun buat masa ini tumpuan utama adalah untuk analisis biotoksin marin khususnya Paralytic Shellfish Poisoning yang agak kerap dilaporkan di negara kita.
Semua usaha ini penting dalam usaha memperkasa jaminan keselamatan makanan laut oleh DOF.