Pengarah Kanan IPP, Dr Azhar Hamzah Terima Lantikan JUSA B
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pada 11 Disember 2025, Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara telah diadakan di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Putrajaya. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Tahniah diucapkan kepada YBrs Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, atas pengesahan jawatan sebagai Pegawai Gred JUSA B. Watikah pelantikan telah diserahkan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Seluruh warga Jabatan Perikanan Malaysia merakamkan ucapan tahniah dan turut berasa bangga atas pencapaian ini. Semoga Dr. Azhar terus cemerlang dalam memacu kecemerlangan IPP dan menyumbang kepada kemajuan sektor perikanan negara.