Pingat Emas untuk STREPTOKIT di Seoul International Invention Fair (SIIF 2025)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pengiktirafan Antarabangsa!
NaFisH bersama rakan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya mengharumkan nama negara dengan merangkul Pingat Emas di Seoul International Invention Fair (SIIF 2025) melalui inovasi Streptokit – kit pengecaman pantas patogen ikan Streptococcus yang menjadi punca penyakit Streptococcosis.
Lebih membanggakan, Streptokit turut menerima Anugerah Khas daripada National Research Council of Thailand!
Tahniah diucapkan kepada Pengarah NaFisH, Dr. Azila Abdullah, Penyelidik IPP Muhammad Syafiq Mohd Ridzuan dan Dr. Rimatulhana Ramly serta seluruh pasukan atas kejayaan yang gemilang ini.