Call For Papers: Malaysian Fisheries Journal (MFJ)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) menjemput para penyelidik, ahli akademik dan pengamal industri untuk menghantar manuskrip penyelidikan bagi diterbitkan dalam Malaysian Fisheries Journal (MFJ).
MFJ merupakan jurnal ilmiah yang memfokuskan kepada penerbitan artikel berkualiti dalam bidang sains perikanan, merangkumi aspek perikanan tangkapan, akuakultur, bioteknologi perikanan, pengurusan sumber, teknologi pasca tangkapan serta topik-topik berkaitan.
Para penyelidik dipelawa untuk berkongsi dapatan kajian, inovasi serta analisis kritikal melalui penerbitan ini bagi memperkaya khazanah ilmu perikanan negara dan serantau.
Kami menantikan penyertaan anda.
Untuk pertanyaan lanjut, sila layari: https://fri.dof.gov.my/malaysian-fisheries-journal-mfj/