Pengecaman Spesies Isopod dalam Udang Kering Import
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pada penghujung tahun lepas, IPP telah menerima permohonan dari sebuah syarikat swasta untuk mengecam spesies hidupan laut dalam kumpulan udang kering import dari Vietnam.
Pemeriksaan 13 spesimen sampel yang dihantar telah dibuat oleh Dr Kua Beng Chu, pakar parasit ikan. Hidupan tersebut telah dicam sebagai isopod, walaubagaimanapun ianya tidak menyerupai isopod ikan dan udang yang biasa ditemui di perairan Malaysia.
Dari sudut keselamatan makanan, kebanyakan isopod tidak berbahaya kepada manusia kerana tidak beracun, malah beberapa spesis turut dimakan sebagai makanan. Walau bagaimanapun, terdapat spesis tertentu seperti Renocila sp. bersifat parasit pada ikan hidup. Parasit ini tidak berbahaya kepada manusia, namun boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada ikan perumah, mengganggu tumbesaran, atau dalam sesetengah keadaan menjejaskan organ pembiakan ikan berkenaan.
IPP telah menghantar gambar spesimen dan sampel kepada beberapa pakar lain di IMR dan di University of Quensland untuk pengecaman spesies secara spesifik.