Akuarium Tunku Abdul Rahman (AkuaTAR)

Latar belakang

Akuarium Tunku Abdul Rahman (AkuaTAR), yang dahulunya dikenali sebagai Malaysia Aquatorium Pulau Pinang, mula beroperasi pada Jun 1996. AkuaTAR diuruskan sepenuhnya oleh Institut Penyelidikan Perikanan. Ia sebenarnya menggantikan Akuarium Tunku Abdul Rahman yang asal yang terletak di Jalan Akuarium, Gelugor, Pulau Pinang, yang suatu ketika dahulu terkenal di seluruh Asia. Akuarium ini dinamakan sempena Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang telah merasmikan bangunan tersebut pada tahun 1968. Akuarium ini telah memperoleh reputasi cemerlang sebagai mercu tanda pelancongan dan juga institusi saintifik. Antara pelawat kenamaan ialah bekas Putera Mahkota dan Puteri Mahkota Jepun, Putera Mahkota Akihito dan Puteri Michiko pada tahun 1974, serta Yang di-Pertuan Agong keempat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin. Pada tahun 1984, akuarium ini terpaksa ditutup berikutan kerosakan struktur yang teruk.

Pada masa ini, AkuaTAR mempamerkan hampir 123 spesies ikan, merangkumi 2 tangki air tawar, 31 tangki marin, 8 tangki tumbuhan akuatik, 6 tangki spesimen awetan, serta 1 kolam sentuh. Salah satu tarikan utamanya ialah sebuah auditorium yang berlatarbelakangkan tangki gergasi seberat 120 tan, selain rangka ikan paus Bryde (Balaenoptera edeni) sepanjang 40 kaki, iaitu salah satu spesies mamalia marin yang sangat terancam. Walaupun AkuaTAR boleh dianggap sebagai destinasi pelancongan yang mesra bajet di Pulau Pinang, pameran serta nilai pendidikan yang ditawarkan kepada para pengunjung adalah amat bernilai dan tidak dapat diukur dengan wang ringgit.

Objektif

Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pemuliharaan ekosistem dalam memelihara warisan akuatik Malaysia.

Harga Tiket

Harga Tiket seperti dibawah:

  • Dewasa — RM 5.00
  • Kanak-kanak (6–12 tahun) — RM 2.00
  • Kumpulan Sekolah — RM 1.50
  • Bawah 6 tahun / Orang Kurang Upaya (OKU) / Warga Emas — Percuma

Kemudahan Fasiliti

  • Tangki Tingkah Laku Ikan Marin bersaiz besar 120 tan
  • Penetasan ikan marin dan kerapu
  • Kolam Sentuh Air Tawar
  • Makmal kualiti air
  • Kemudahan bengkel
  • Sistem penyimpanan dan penapisan air
  • Kemudahan Sewaan Auditorium

 

LAWATANq LAWATAN4 lawatan1 lawatan IMG_4803 IMG_4888 IMG_4907 Lawatan Maharaja Jepun Ke Akuarium Gelugor Lawatan Menteri Pertanian Ke Akuarium Gelogor IMG_4770 IMG_4757 IMG_4748 AKUARIUM LAMA DI GELUGOR